Selasa, 15 Oktober 2013

AL HABIB HASSAN BIN MUHAMMAD BARAGBAH

Hakim Melayu Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Kedah

Syed Hassan bin Syed Muhammad bin Syed Ali bin Syed Alwi bin Syed Ali bin Syed Hussein Barakbah dilahirkan di Madura sekitar tahun 1868. Ayahnda beliau Syed Muhammad bin Syed Ali Barakbah tinggal didua kota ; Palembang dan Surabaya/Sumenep. Bonda Syed Hassan iaitu Nafisah meninggal dunia semasa umurnya 8 tahun. Sewaktu itu Syed Muhammad berada diPalembang. Sebelum beliau meninggal, Syed Muhammad telah berpesan kepada anak sulongnya Syed Othman supaya pergi ke Madura untuk mengambil adiknya Syed Hassan dan membawa pulang ke Palembang, hidup bersama keluarganya disana. Syed Muhammad mempunyai 3 orang anak lelaki: Othman, Hassan dan Hussin aka Kassim, dan 4 orang anak perempuan : Rogayah (berkahwin dengan Sagaff bin Ahmad Shahab), Alawiyah (berkahwin dengan Zain bin Abdullah al Hadi), Noor (berkahwin dengan Muhammad al Kaff) dan Sidah. Perbezaan umur antara Othman dan Hassan adalah 20 tahun. Pada tahun 1878 Syed Othman bersama-sama adiknya Syed Hassan berhijrah ke Kedah. Semasa itu sudah ada keluarga Alawiyin yang menetap diKedah , walaupun tidak begitu besar bilangannya: Jamalullail, Shahabudin, al Qadri, al Yahaya, al Jufri dan lain2 lagi. Syed Hassan dibesarkan oleh kakak angkat beliau iaitu Tunku Saadah adik ipar Sultan Abdul Hamid. (Anaknda Tunku Saadah , Tunku Ismail bin Tunku Zainal Abidin berkahwin dengan Tunku Noor bt Sultan Abdul Hamid Halim Shah). Beliau belajar di Sekolah Melayu diKota Star dan pada waktu yang sama berkerja sambilan sebagai 'ticket conductor' di Kuala Kedah untuk menampung kos persekolahannya. Sekolah Melayu yang terawal didirikan atas initiatif orang tempatan dan bukan oleh British. Menurut sejarawan Dato' Wan Shamsuddin, terdapat 4 buah sekolah Melayu paling awal diKedah ia itu Sekolah Melayu Padang Lepai yang dibuka pada 12 Mei 1861 di daerah Kota Star (ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah), diikuti Sekolah Melayu Changlon daerah Kubang Pasu (1892) Sekolah Melayu Kulim (1896) dan Sekolah melayu Jalan Baru daerah Kota Star (1897). Menurut anaknda Syed Hassan iaitu Tan Sri Syed Agil Barakbah, semasa bertugas didalam Kedah Civil Service, Syed Hassan belajar separuh masa diMadrasah al Hamidiah di Limbong Kapal dibawah tunjuk ajar Sheikhul Islam Wan Sulaiman Wan Sidik.

Isteri pertama beliau ialah Sharifah Noor bt Syed Sheh al Yahya. Syed Sheh berasal dari Palembang dan berhijrah keKedah sekitar tahun 1890an.
Beliau telah bernikah dengan balu Wan Mohd Saman (Perdana Menteri Kedah) iaitu Wan Kamaliah bt Wan Mohd Akib bin Dato' Seri Paduka Laksamana. Dengan Sharifah Noor beliau mendapat lapan orang anak:

1. Syed Ahmad berkahwin dengan Sharifah Sa'adiah Zain Shahabuddin
11 orang anak: Syed Osman, Syed Zubir, Sharifah Sham, Syed Hussein, Syed Mahazir, Syed Hassan, Sharifah Pok, Syed Hamzah, Sharifah Faridah, Sharifah Aminah, Sharifah Asma dan Syed Harun.

2. Syed Muhammad berkahwin dengan Sharifah Rogayah alQadri,
1 anak lelaki dan 4 anak perempuan.

3. Syed Ali berkahwin dengan Sharifah Rokiah Ahmad alJefri.
anak: Syed Shahabuddin, Sharifah Zawiyah dan Sharifah Sepora.

4. Syed Alwi berkahwin dengan Sharifah Maharom dan Sharifah Chik.
Anak:Syed Jaafar, Syed Omar, Syed Abu Bakar, Syed Hassan, Sharifah Aishah dan Tun Sharifah Rodziah.

5. Syed Zain  berkahwin dengan Sharifah Rokiah dan Mak Jam.
Anak: Syed Noh, Sharifah Fatimah, Syed Salleh, Syed Hood,Sharifah Zamrud.

6. Sharifah Mastura

7. Sharifah Mahani

8. Tun Syed Sheh berkahwin dengan Sharifah Fatimah Syed Ahmad alJefri.
Anak: Syed Farouk, Syed Feisol, Syed Faozi, Dato' Syed Fakhri, Sharifah Faizah dan Sharifah Faridah.


Isteri kedua beliau Chek Sawi tidak mempunyai zuriat.
Setelah Sharifah Noor meninggal dunia Syed Hassan berkahwin dengan Sharifah Salmah bt Syed Hashim al Yahya sekitar tahun 1910/11.
Pada masa itu beliau sudah pun memegang jawatan Hakim Melayu. Beliau bertemu  Sharifah Salmah diMahkamah semasa kes tuntutan anak oleh Syed Hashim alYahya dari bekas isterinya. Syed Hashim yang tinggal diArab Saudi telah datang ke Kedah untuk mengambil anaknya Sharifah Salmah pulang ke Tanah Arab.Pada masa itu Syed Hassan menjadi hakim pada kes ini dan meluluskan penjagaan anak Syed Hashim kepada bekas isteri nya. Beberapa bulan kemudiannya beliau bernikah dengan Sharifah Salmah.
Dengan Sharifah Salmah beliau telah mendapat 11 orang anak.

9. Sharifah Mariam , berkahwin dengan Syed Othman Barakbah.

10.Sharifah Zaharah, berkahwin dengan Syed Salim Barakbah.
Anak: Syed Hamzah, Syed Khalid, Sharifah Rafeah, Sharifah Shifak, Sharifah Rahmah, Sharifah Aziah, Sharifah Zaiton, Sharifah Noor, Syed Mohsin dan Syed Azizan.

11. Sharifah Sofiah, berkahwin dengan Syed Alwi alKaff

12. Sharifah Soleha, berkahwin dengan Syed Alwi Barakbah.
Anak: Sharifah Latifah, Syed Salim, Sharifah Roshada, Syed Annuar, Sharifah Mariam, Syed Abdullah, Sharifah Anizah, Syed Zainal Rashid, Sharifah Shahrizat dan Sharifah Shahiran.

13.Sharifah Hashimah, berkahwin dengan Syed Abu Bakar al Idrus

14. Sharifah Rashidah, berkahwin dengan Syed Muhammad alKaff

15. Sharifah Maznah, berkahwin dengan Syed Ahmad Barakbah.
Anak:Syed Abu Bakar,Dato', Syed Feisol, Sharifah Hindun, Sharifah Mahani, Sharifah Loklok, Sharifah Mushida, Sharifah Munirah, Sharifah Noriah, Sharifah Asma, Syed Shahar, Syed Mokhtar, Sharifah Husna, Syed Husni, Syed Sobri, Syed Nazri dan Sharifah Adila.

16. Sharifah Nafisah, berkahwin dengan Syed Osman alKaff.
Anak: Syed Ahmad, Sharifah Fawziah, Sharifah Faizah, Sharifah faridah, Syed Mahadi, Syed Iskandar, Syed Mohd Anis, Sharifah Fazlina, Sharifah Arpah dan Sharifah Khatijah.

17. Tan Sri Syed Agil, berkahwin dengan Sharifah Maznah Abu Bakar alKaff.
Anak: Sharifah Anisah,Datin, Syed Azhar, Sharifah Mariam, Sharifah Munirah, Sharifah Hafizah, Syed Hidzir, Syed Anas, Sharifah Suffiah dan Syed Hassan.

18. Syed Hashim, berkahwin dengan Sharifah Mahani.
Anak: Syed Tahir dan Syed Saad.

19. Syed Idrus, berkahwin dengan Sharifah Hasnah bt Syed Salim alQadri.
Anak: Syed Mohd Haris, Syed Hamdan dan Sharifah Noorzihan.

Diantara tugas2 diluar bidang penghakiman yang telah disandang ialah sebagai ahli Majlis State Council yang telah dipengerusikan oleh YTM Tunku Mahmud sebagai Presiden, khusus untuk pengelolaan pembinaan Masjid Zahir, Ahli2 yang lain termasuk Tunku Ibrahim, Muhamad Ariffin bin Muhammad Arshad (Setiausaha Kerajaan) W.G. Maxwell (Penasihat British) dan G.Gorman (Jurutera Negeri).
Masjid Zahir yang lebih dikenali dengan nama Masjid Raja dibuka dengan rasminya oleh Baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1915.
Menurut cerita Dato' Syed Abu Bakar bin Syed Ahmad Barakbah (cucu Shed Hassan Barakbah), pada tahun 1920an dan seterusnya, Syed Hassan telah menjemput beberapa orang keluarga dari Palembang datang untuk menetap di Kedah. Syed Abdullah bin Syed Alwee Barakbah, anak saudara Syed Hassan datang berlima, isterinya Sharifah Aishah, ibunya Sharifah Maimunah, Sharifah Halimah adik kepada Sharifah Aishah dan dua orang anak Syed Abdullah iaitu Syed Ahmad dan Syed Alwi.

Syed Alwi bin Syed Abdullah berkahwin dengan Sharifah Soleha bt Syed Hassan manakala Syed Ahmad bin Syed Abdullah pula berkahwin dengan Sharifah Maznah bt Syed Hassan.
Anak Syed Othman(abang Syed Hassan),  bernama Syed Ibrahim yang telah dibesarkan diPalembang ikut sama berhijrah ke Kedah, diikuti dengan anaknya Syed Abdul Rahman sekeluarga yang bermaustatim diBanjarmasin. Syed Salim bin Syed Ibrahim telah dikahwinkan dengan Sharifah Zaharah bt Syed Hassan.Anak2 perempuan Syed Hassan yang lain, yang telah dikahwinkan dengan keluarga Alawiyin Palembang termasuk: Sharifah Sofiah berkahwin dengan Syed Alwi alKaff, Sharifah Rashidah berkahwin dengan Syed Ahmad alKaff, Sharifah Nafisah berkahwin dengan Syed Osman alKaff dan Sharifah Hashimah berkahwin dengan Syed Abu Bakar alIdrus.

Syed Hassan Bin Syed Muhammad Barakbah meninggal dunia di Pulau Pinang pada tahun 1931 dan dikebumikan di Perkuburan Islam Bayan Lepas.

Lelehur Syed Hassan Barakbah yang berhijrah ke Nusantara dari Tarim Yaman ialah Syed Hussein bin Syed
Ahmad bin Syed Abdurrahman bin Syed Ahmad bin Syed Abdurrahman bin Syed Umar bin Syed Abdurrahman bin al Imam Umar Barakbah bin Syed Ahmad al Aksah bin Syed Muhammad bin Syed Abdullah ba Alawi bin Syed Alwi al Ghayur bin al Imam Muhammad al Faqih al Muqaddam bin al Imam Ali bin al Imam Muhammad Shohib Mirbat bin al Imam Ali Khol Qasam bin al Imam Alwi bin al Imam Ubaidillah bin al Imam Ahmad al Muhajir bin Imam Isa arRumi bin al Imam Muhammad anNaqib bin al Imam Ali al Uraidhi bin al Imam Ja'far as Sadiq bin al Imam Muhammad al Baqir bin al Imam Ali Zainal Abidin bin al Imam Husein bin al Imam Ali bin Abi Tholib dan Sayidatina Fatimah azZahra bt Saidina Muhammad Shallallahu alaihiwassalam.

Mengikut catatan manaqib al habib Hussein bin Ahmad Barakbah "Penyebar Agama Islam di Kota Jambi" terbitan Rabithah Alawiyah cabang Jambi 1010, al Habib Hussein Barakbah meninggalkan kota Tarim menuju ke India bersama abangnya yang bernama al Habib Zain bin Ahmad Barakbah. Mereka berdakwah dibeberapa tempat di India, kemudian Habib Hussein melanjutkan perjalanannya ke Indonesia.Beliau menjijakkan kakinya di tanah Aceh dahulu kemudian menuju ke Palembang, Disana diterima baik di lingkungan keraton Sultan dan dihormati sebagai ulama keraton. Cukup lama Habib Hussein menetap di kota Palembang dan beliau telah berkahwin dengan anak pembesar kesultanan Palembang. Hal ini dapat dimaklumi dan juga dibuktikan dengan penganugerahan gelaran Pangeran kepada cucu beliau iaitu Habib Qassim bin Habib Ali bin Habib Hussein Barakbah oleh Seri Paduka Sultan Mahmud Badaruddin Jaya Wikromo.

Setelah berada diPalembang selama 20 tahun  Syed Hussein Barakbah berpindah ke kota Jambi dan menyebar agama Islam selama 35 tahun. Di Jambi beliau telah berkahwin dengan anak saudagar keturunan Cina yang tinggal ditengah keluarga istana yang bernama Nyai Resek bt Datuk Sintai. Beliau juga berdakwah ke Kepulauan Riau, dan mempunyai hubungan yang rapat dengan kesultanan Siak. Salah seoran anaknya yang bernama Syed Sya'ban telah berkahwin dengan adinda Sultan Syarif Ali Jalil Syafuddin, Sultan Siak yang keVII yang bernama Tengku Long Tieh bt Usman bin Abdurrahman Syahab.

Syed Hussein Bin Syed Ahmad Barakbah meninggal dunia pada tahun 1760 dan dikebumikan di Pemakaman Tambak kelurahan Tahtul yaman, kecamatan Pelayangan  Seberang Kota Jambi. Maqam beliau dikenal sebagai maqam Keramat Tambak.

http://www.munamahdzarfadaaq.com/p/cheritera-kita.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar